BASIC ICT : KELAS ICT MICROSOFT WORD – PENGENALAN MICROSOFT WORD
Aktiviti terkini | 27 September 2024Tempat Aktiviti:
NADI Felda Nitar 2
Nama VIP :
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
• Kelas Ict ini merupakan kelas yang dijalankan di NADI Felda Nitar 2 seminggu dua kali yang sertai oleh pelajar – pelajar sekolah sekitar Felda Nitar 2 . Kelas ini sangat berguna dan bermanfaat kepada para pelajar lantaran cabaran baru dalam dunia pendidikan dalam era teknologi maklumat (ICT).
Tujuan :
• Kelas ICT kali ini mengajar peserta baru bagi memahami dan mengetahui fungsi-fungsi setiap ‘TAB’ sebelum mereka pergi lebih jauh tentang Microsoft Word.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Microsoft Word – Pengenalan Microsoft Word
• Pengajar menerangkan dan kemudian pelajar akan cuba untuk buat sendiri.
Kelebihan Aktiviti :
• pelajar dapat memahirkan diri dengan ICT serta Strategi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah.
• Dapat melahirkan pelajar celik komputer yang bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain.
• Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :